Tahap kesediaan dan kekangan yang dihadapi pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran bahasa melayu secara dalam talian menggunakan aplikasi google meet
Magesvaran U1, Zamri Mahamod2.
Aplikasi Google Meet(GM) merupakansalah satu pelantar digital yang banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian. Justeru, kajian ini bertujuanuntuk mengenal pasti tahap kesediaan pelajar dan kekangan yang dihadapi oleh pelajar ketika belajar Bahasa Melayu secara dalam talian menggunakan GM.Kajian tinjauan ini dijalankan terhadap 181 orang pelajar sekolah daripadadua buah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah. Responden kajiandipilih secara rawak bertujuan bagi menjawab objektif kajian. Soal selidik berkaitan dengan tahap kesediaan dan tahap kekangan yang dihadapi oleh pelajardigunakan sebagai alat pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar menggunakan GM semasa belajar Bahasa Melayu secara dalam talian berada pada tahap sederhana saja. Pelajar belum bersedia sepenuhnya untuk belajar Bahasa Melayu secara dalam talian menggunakan aplikasi GM.Namun demikian, pelajar kurang menghadapi menghadapi kekangan untuk menggunakan aplikasi GM semasa belajar Bahasa Melayu secara dalam talian. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar hanyalah masalah capaian Internet yang mengganggu pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan GM. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa peranti digital seperti GM amat berkesan dalam mendorong minat pelajar belajar secara dalam talian.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 57 time(s))