View Article |
Ragam bahasa komen instagram berkaitan berita palsu situasi gelombang kedua pandemik COVID-19
Zulfadzlee Zulkiflee1.
Kepelbagaian gaya bahasa wujud dalam media sosial untuk menyampaikan maklumat, mengusulkan pendapat, kritikan bahkan bertujuan mengongsikan ilmu. Negara Brunei Darussalam telah dilanda gelombang kedua penularan wabak COVID-19.Justeru pelbagai isu telah timbul sehingga mencetuskan penyebaran berita palsu dalam media sosial. Oleh itu, kajianini dijalankan untuk meneliti tentang ragam bahasa yang digunakan dalam media sosial khususnya Instagramberkaitan isu pandemik COVID-19. Kajian ini merupakan kajian berbentukdeskriptif dengan menggunakan kaedah kualitatif. Kajian didasari oleh kerangka konsep ragam bahasa Za’ba (2002) dalam menganalisis data kajian. Kaedah kepustakaan juga telah digunakan sebagai panduan kajian. Data kajian terdiri dari komen-komen netizen berkaitan berita palsu yang tular tentang sekatan pergerakan penuh (full lockdown) dalam akaun InstagramKementerian Kesihatan Brunei (@mohbrunei).Hasil kajian mendapati sebanyak sembilan ragam bahasa digunakan oleh netizen. Antaranya ialah ragam bahasa sindiran, ragam bahasa melampau dan ragam bahasa berulang. Rumusnya, penggunaan ragam bahasa yang berlainan telah memperlihatkan niat seseorang dalam menyampaikan kata-kata.Di samping itu, media sosial seperti Instagram mempunyai pengaruh yang besar dalam menyampaikan maklumat sekali gus dapat dikenal pasti kepelbagaian ragam bahasayang digunakansehingga dapat mengidentifikasi kelompok sosial di sesebuah negara.
Affiliation:
- Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
3 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|