Isu bahasa dan budaya dalam penterjemahan label makanan
Anis Shahirah Abdul Sukur1.
Terjemahan berperanan sebagai jambatan penghubung antara khalayak daripada kebudayaan yang berbeza-beza. Terjemahan juga merupakan aktiviti antarabahasa pada peringkat bahasa, sertaproses komunikasi antara budaya. Namun, terdapat pelbagai perkataan dan penjelasan sekitar budaya makanan dalam terjemahan label yang menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. Penterjemahan nama makanan melibatkan konotasi budaya yang mungkin sukar untuk difahami dan menimbulkan pelbagai cabaran kepada penterjemah. Oleh itu, artikelini akan menyorot kajian lampau untuk mengenal pasti serta menjelaskan isu-isu bahasa dan budaya dalam penterjemahan label makanan. Setelah penjelasan berkaitan isu-isu yang mempengaruhi pemilihan strategi dan prosedur terjemahan yang dipilih oleh penterjemah, makalah ini akan mengetengahkan impak positif dan negatif penterjemahan labelmakanan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada penterjemah dalam menentukan langkah-langkah menterjemah. Walaupun analisis dokumen memfokuskan pada sorotan kajian terpilihsahaja, diharapkan artikelini menyumbang perspektif baharu dalam penterjemahan labelmakanan serta memberikan pencerahan untuk kajian masa hadapan disekitar isu ini.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 15 time(s))