View Article |
Pemakaian lesen pendudukan sementara dalam memperuntukkan keselamatan pegangan tanah: satu keperluan terhadap pendekatan pembangunan manusia
Kiky Kirina Abdillah1, Azima Abdul Manaf2, Abd Hair Awang3.
Perumahan yang selamat merupakan salah satu komponen penting kepada jaminan penghidupan.
Namun bagi golongan isi rumah berpendapatan rendah di bandar, ia menjadi satu cabaran kerana
kekangan yang dihadapi dari segi akses bagi mendapatkan tanah yang selamat, sesuai serta
mampu milik. Artikel ini membincangkan isu keselamatan pegangan tanah dalam kalangan isi
rumah yang tidak memiliki hak pemunyaan ke atas tanah. Ia dianalisis dengan menggunakan
instrumen pegangan tanah yang dikenali sebagai Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang
mengandungi prinsip-prinsip asas Pendekatan Pembangunan Manusia. Kajian ini menggunakan
kaedah analisis kandungan data sekunder yang diperoleh daripada dokumen rasmi dari institusiinstitusi
pembangunan dunia dan kajian lepas. Hasil kajian mendapati, penerapan prinsip-prinsip
asas Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu memperuntukkan
keselamatan pegangan tanah kepada isi rumah melalui dua cara. Pertama, membekalkan jaminan
perlindungan kepada isi rumah dari tindakan pengusiran oleh pihak berkuasa atau pihak ketiga
menerusi pemakaian prinsip ekuiti yang memberi peluang kepada isi rumah mendapatkan akses
kepada tanah milik kerajaan secara sah. Kedua, membekalkan keyakinan kepada isi rumah untuk
menggunakan tanah secara aman dan mengaut faedah daripada pelaburan yang dilakukan ke atas
tanah tersebut. Di sini, prinsip kecekapan memberi peluang isi rumah menggunakan tanah
berdasarkan keupayaan sumber manusia dan kewangan yang dimiliki, pemerkasaan
membolehkan isi rumah membuat keputusan berhubung isu perumahan dan penaiktarafan
pegangan manakala kemampanan pula membolehkan rakyat dan pihak berkuasa mencapai
objektif pembangunan yang memberi faedah kepada semua. Kajian ini menyimpulkan bahawa
penerapan prinsip-prinsip Pendekatan Pembangunan Manusia menerusi pemakaian LPS mampu
membekalkan keselamatan pegangan tanah kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah di
bandar.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 66 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|