View Article |
Kesan pandemik COVID-19 terhadap jaminan bekalan makanan di Malaysia
Nurul Izzati Mohd Ali1, Kadaruddin Aiyub2, Lam, Kuok-Choy3, Saraswathy Kasavan4, Rusinah Siron5, Sharif Shofirun Sharif Ali6.
Pandemik Covid-19 telah mengakibatkan masalah global yang lebih besar terutama dari segi
jaminan bekalan makanan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh
dunia. Malaysia tidak berkecuali terkesan dengan pandemik Covid-19 dan telah
memperlahankan aktiviti sektor ekonomi termasuk sektor pertanian. Oleh itu, kertas kajian ini
membincangkan secara mendalam mengenai kesan pandemik Covid-19 terhadap jaminan
bekalan makanan di Malaysia terutama dari aspek penawaran dan permintaan bekalan makanan.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan analisis dokumen rasmi dan tidak
rasmi untuk mendapatkan maklumat mengenai jaminan bekalan makanan semasa pandemik
Covid-19. Semasa PKP berlangsung, terdapat petani tempatan yang menghadapi masalah
lambakan hasil pertanian akibat penutupan beberapa sektor sokongan seperti peruncitan,
pengangkutan dan perkhidmatan makanan. Rantaian dalam sektor pertanian turut terjejas kerana
kekurangan input pertanian dan tenaga buruh. Keadaan ini bertambah sukar apabila
ketidakcukupan kemudahan penyimpanan bahan makanan mentah dan ia menyebabkan hasil
pertanian menjadi rosak. Pada masa yang sama, permintaan bekalan makanan dalam kalangan
masyarakat terus meningkat semasa pelaksanaan PKP kerana berlakunya pembelian panik
terhadap barang keperluan asas. Kajian ini juga mengutarakan cadangan ke arah meningkatkan
kestabilan jaminan bekalan makanan negara terutamanya dalam menghadapi sebarang krisis.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Tenaga Nasional, Malaysia
- Universiti Tenaga Nasional, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 89 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|