Perspektif majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran komunikasi secara berkesan dalam persekitaran kerja global
Suzan Impak1, Hazriesyam Amir Mustapha2.
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan persepsi majikan terhadap keupayaan pelajar dalam menunjukkan kemahiran komunikasi secara berkesan dalam persekitaran kerja global. Antara aspek yang menjadi fokus di dalam kajian ini ialah keupayaan pelajar untuk menyatakan idea dengan yakin, keupayaan pelajar menjawab soalan yang diajukan, keupayaan pelajar untuk menghasilkan laporan mengikut standard yang ditentukan dan keupayaan pelajar untuk menyesuaikan persembahan di hadapan khalayak yang berbeza. Responden kajian terdiri dari pelajar semester 5 yang sedang menjalani latihan industri. Dapatan kajian mendapati nilai skor markah bagi keupayaan untuk menyatakan idea dengan yakin adalah Ttinggi dengan nilai skor markah sebanyak M=4.14. Sementara itu, bagi aspek keupayaan menjawab soalan yang diajukan, nilai skor markah ialah M=4.08 yang juga membawa maksud Tinggi, aspek keupayaan menghasilkan laporan mengikut standard yang ditentukan juga menunjukkan nilai skor markah yang tinggi iaitu 3.97 dan keupayaan untuk menyesuaikan persembahan di hadapan khalayak yang berbeza juga menunjukkan nilai skor markah yang tinggi iaitu sebanyak 3.84. Purata nilai skor markah bagi keempat-empat item ini ialah 4.01. Berdasarkan nilai skor yang tinggi ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa majoriti majikan berpuashati dengan prestasi pelajar yang menjalani latihan industri di firma mereka. Ini bermakna, pelajar berkeupayaan untuk menyatakan idea dengan yakin, berkeupayaan menjawab soalan yang diajukan, berkeupayaan menghasilkan laporan mengikut standard yang ditentukan dan berkeupayaan untuk menyesuaikan persembahan di hadapan khalayak yang berbeza. Pengkaji berharap agar dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak berkepentingan seperti Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Kota Kinabalu, pensyarah dan pelajar khususnya.
Affiliation:
- Politeknik Kota Kinabalu, Malaysia
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah 25350 Kuantan, Pahang, Malaysia, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))