Kesan filem-filem tayangan di Netflix terhadap masyarakat di Malaysia semasa Pandemik Covid-19
Intan Raihana Rosle1, Mohd Syuhaidi Abu Bakar2.
Pasaran untuk perkhidmatan penstriman filem atas talian kini sangat kompetitif terutama
sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita. Netflix merupakan antara perkhidmatan
penstriman filem atas talian yang mendapat perhatian di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara
kualitatif untuk meneroka jika filem-filem di Netflix memberikan kesan dari segi bahasa,
pergaulan dan psikologi terhadap masyarakat di Malaysia. Pemetaan lokasi kajian yang dipilih
ialah pengguna Netflix di Malaysia yang menggunakan platform tersebut untuk menonton filem
semasa pandemik COVID-19. Pemilihan Informan menggunakan teknik persampelan bertujuan
(purposive sampling) di mana kajian ini telah menemubual 10 orang Informan iaitu pengguna
Netflix yang juga melanggan Netflix. Dapatan kajian mendapati, terdapat beberapa kesan
filem-filem tayangan di Netflix terhadap masyarakat di Malaysia semasa pandemik COVID-19.
Dari segi bahasa, filem tayangan di Netflix memberi peluang untuk mempelajari bahasa luar,
mempelajari jalan cerita berdasarkan sarikata yang disediakan, dan mengukuhkan bahasa yang
baru dipelajari. Selain itu, kesan lain juga adalah berkaitan dari segi pergaulan iaitu ada ciri-ciri
anti sosial yang wujud. Informan juga mengatakan hubungan kekeluargaan makin akrab
walaupun ada yang terganggu dengan penggunaan gajet untuk menonton filem. Dari segi
psikologi, walaupun filem-filem tayangan di Netflix mampu mengubah emosi seseorang,
terdapat kerisauan terhadap kandungan filem tidak ditapis dan terdapat kerisauan terhadap
pengaruh negara luar kepada masyarakat di Malaysia. Terdapat juga beberapa kesan lain hasil
penontonan filem-filem di Netflix terhadap masyarakat di Malaysia, iaitu dari segi ekonomi
produksi televisyen, dapat menambah ilmu pengetahuan dan kesan dari segi kesihatan. Kajian
yang telah dijalankan ini diharapkan dapat dijadikan rujukan kepada kajian-kajian pada masa
hadapan mengenai filem-filem tayangan di Netflix.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor, , Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor, , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 10 time(s))