Kajian Terhadap Cabaran Implementasi Elemen IR4.0 Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Politeknik Malaysia
Rosdiah Hamzah1, Kamarul Mohsin Ahmad2, Mohd. Faizul Abdullah3.
Kesan perubahan yang berlaku akibat fenomena revolusi industri IR4.0 memerlukan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran tinggi agar daya saing industri negara dapat diperkasakan. Sehubungan itu, pensyarah politeknik sebagai pihak yang terlibat secara langsung bagi menyediakan sumber manusia sebagai tenaga kerja negara perlu bersedia menghadapi situasi ini. Kajian ini menetapkan 3 objektif yang ingin dicapai iaitu mengenalpasti tahap pengetahuan elemen IR4.0 di kalangan pensyarah kejuruteraan elektrik Politeknik Malaysia, mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan elemen IR4.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah kejuruteraan elektrik politeknik Malaysia serta mengenalpasti kesediaan kemudahan infrastruktur bagi menyokong pembelajaran IR4.0. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada pensyarah bidang kejuruteraan elektrik di politeknik Malaysia secara dalam talian. Kaedah soal selidik Skala Likert lima mata digunakan sebagai instrumen kajian. Perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 21 digunakan untuk menganalisis data. Nilai kebolehpercayaan pekali Cronbach’s Alpha yang diperolehi ialah 0.947 yang menunjukkan soalselidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang amat baik. Pengkaji telah membahagikan cabaran kepada 3 aspek iaitu dari aspek pegetahuan, kemahiran dan infrasstruktur. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua cabaran adalah pada tahap sederhana. Sehubungan itu bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan infrastruktur yang menyokong elemen IR4.0 seharusnya pihak politeknik berusaha memberikan pelbagai peluang dan menyediakan infrastuktur element IR4.0 bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran pensyarah yang akan melatih serta membentuk para lulusan menepati keperluan IR4.0 bagi menyumbang kepada pembangunan negara.
Affiliation:
- Politeknik Ungku Omar, Malaysia
- Politeknik Ungku Omar, Malaysia
- Politeknik Ungku Omar, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 36 time(s))