Impak Penggunaan Aplikasi Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pelajar Politeknik Dalam Kursus Electrical Technology
Jamil Shaari1, Syahril Izwan Abdul Yamin2, Mohd Izham Ahmad3.
Pengenalan aplikasi berasaskan IOT kini telah menembusi sistem pendidikan terutamanya pengajian tinggi. Sistemberkonsepkan aplikasi yang dikenali sebagai mobile learning ini berpusatkan telefon pintar sebagai perantinya. Maka satu aplikasi yang dinamakan “Etech” dibangunkan khusus untuk kursus Electrical Technology bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih berkesan. Namun, untuk melihat keberkesanan aplikasi tersebut dan impaknya terhadap pelajar - pelajar politeknik, maka sebuah kajian dirangka. Kajian yang berbentuk deskriptif ini dimulakan dengan survei secara atas talian. Hasil setiap item survei dianalisa melalui nilai skor min untuk melihat tahap kesediaan serta impaknya kepada responden. Beberapa buah politeknik dijadikan sampel untuk melihat hasil adaptasi penggunaan aplikasi ini. Keputusanya, kesemua item yang dianalisa mencapai tahap yang memberansangkan iaitu berada pada kedudukan tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan impak yang sangat positif dalam penerapan sistem aplikasi dalam proses P&P terutamanya dalam kursus Electrical Tecnology.
Affiliation:
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Malaysia
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Malaysia
- Politeknik Port Dickson, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))