Tahap Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Noor Syahida Shamsuddin1, Rosamalina Mohd @ Mohd Noor2, Safiah Awang3.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap perlaksanaan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Aspek yang dikaji di dalam kajian ini adalah tahap kemahiran pengintegrasian ICT, tahap kekerapan penggunaan ICT, hubungkait di antara pengintegrasian dan kekerapan penggunaan ICT dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian ICT di kalangan pensyarah PSMZA. Sampel kajian terdiri daripada 172 orang pensyarah pelbagai jabatan di PSMZA. Kajian ini menggunakan teknik tinjauan iaitu soal selidik kepada para pensyarah PSMZA. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 26. Hasil analisa mendapati bahawa, tahap kemahiran pengintegrasian ICT, M = 3.220 dan S.P = 0.977. Tahap kekerapan penggunaan ICT pula memperolehi M=3.075 dan S.P = 1.205. Kedua-dua tahap menunjukkan pada skala sederhana tinggi. Analisa ANOVA pula mendapati bahawa JTMK merupakan jabatan yang mempunyai tahap kemahiran dan kekerapan penggunaan ICT yang tinggi berbanding jabatan-jabatan lain. Di samping, hasil kajian juga mendapati terdapati korelasi yang tinggi di antara tahap pengintegrasian dan tahap kekerapan penggunaan ICT iaitu sebanyak 92.5%. Halangan kepada para pensyarah adalah kekangan masa dalam menambah kemahiran dalam bidang ICT. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi makluman yang penting kepada pihak pengurusan PSMZA dalam usaha meningkatkan lagi pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di politeknik secara khususnya.
Affiliation:
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Malaysia
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Malaysia
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 33 time(s))