Kajian Kebolehpasaran Graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Bergraduat Pada Tahun 2020
Zamry Ahmad Mokhtar1, Nur Ashikin Lakman2.
Kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini dilakukan untuk menganalisis tahap kebolehdapatan pekerjaan dan trend sektor pekerjaan di kalangan graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bergraduat pada tahun 2020 selepas 5 bulan tamat pengajian. Jumlah sampel kajian yang terlibat ialah 1,151 graduan daripada 1,311 populasi orang graduan yang terlibat. Kajian ini menggunakan soal selidik dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Sosial Science untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada tahun 2020 yang telah mendapat pekerjaan seramai 646 orang atau 56.13%. Hanya 321 orang atau 27.89% graduan sahaja yang belum mendapat pekerjaan. Kebanyakan graduan yang telah tamat pengajian majoritinya telah bekerja di sektor swasta tempatan dengan 277 orang atau 56.19% dan diikuti dengan sektor Pertubuhan Bukan Kerajaan dengan 117 orang atau 23.73%. Keseluruhannya kebolehpasaran graduan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berada pada tahap yang baik kerana hanya 27.89% graduan sahaja yang belum mendapat pekerjaan. Ini menunjukkan bidang pengajian yang telah ditawarkan di institusi ini memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. Walaubagaimanapun terdapat banyak yang perlu diperhalusi lagi supaya peratus graduan yang menganggur ini dapat dikurangkan. Pihak industri dan majikan disarankan agar memberi ruang dan peluang kepada graduan baharu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran industri. Graduan pula diharap agar tidak terlalu memilih pekerjaan dan disarankan untuk menjadi pencipta pekerjaan dengan menjadi usahawan supaya tidak bergantung kepada pasaran pekerjaan.
Affiliation:
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Malaysia
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 33 time(s))