Inovasi Simply Curve: Alat Bantu Mengajar Dalam Pembuatan Pola Pakaian
Noor Hana Othman1, Muhammad Hisyam Zakaria2, Nasa’ie Zainuddin3.
Pembuatan pola adalah proses untuk membuat pakaian. Pola digunakan sebagai templat untuk memotong kain yang sesuai dengan spesifikasi yang diperlukan untuk menjahit pakaian. Kaedah pembuatan pola pakaian menggunakan beberapa peralatan pembaris yang berbeza. Pembaris tradisional yang digunakan sebelum ini bukan sahaja panjang, tetapi kadangkala terlalu sukar dibawa ke mana-mana malah ramai dalam kalangan pelajar yang menghadapi kesukaran melukis pola pakaian. Kaedah penyelidikan ini berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian terhadap pelajar-pelajar kursus sijil fesyen dan pakaian di Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Raub, Kolej Komunti Baling dan Kolej Komuniti Arau. Data primer diperoleh daripada pemerhatian terhadap para pelajar semasa proses membuat pola pakaian. Simply Curve merupakan inovasi pembaris yang direka khas khususnya dalam pembuatan pola pakaian. Kajian ini dijalankan berdasarkan dua data utama iaitu data primer dan data sekunder termasuk pemerhatian terhadap para pelajar semasa proses membuat pola pakaian dan juga diperoleh daripada tinjauan literatur, jurnal dan juga dari buku. Prototaip juga dihasilkan mengambil kira beberapa faktor fungsi seperti dilengkapi dengan pelbagai ukuran basi, pembuatan seluar, acuan lubang leher baju, membentuk pada lubang lengan, bentuk pinggang, punggung, leher, cawat seluar, kepala lengan serta mudah dibawa kemana sahaja. Simply Curve ini dapat membantu pelajar kerana membolehkan kerja melakar pola seperti mendapatkan garisan lebih tepat dengan hanya satu peralatan dimana sebelum ini pelajar perlu menggunakan beberapa jenis pembaris yang berasingan. Melalui hasil inovasi Simply Curve ini, proses melakar pola pakaian menjadi lebih mudah dan cepat serta lebih praktikal.
Affiliation:
- Kolej Komuniti Selayang, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))