Keyakinan Pengguna Bukan Muslim Terhadap Produk Halal di Beaufort, Sabah
Shamsuddin Amin1, Reziella Lahaji2.
Konsep Halal bukanlah menjadi elemen utama pengguna bukan Muslim dalam memilih sesuatu produk makanan. Walaubagaimanapun ada di antara mereka menyedari tentang konsep Halal dan mempunyai sudut pandangan yang berbeza dengan produk makanan Halal. Oleh itu kajian ini dilaksanakan bagi meneroka faktor-faktor penentu yang berkemungkinan besar boleh mempengaruhi keyakinan pengguna bukan Muslim terhadap konsep Halal dan produk makanan Halal di Beaufort, Sabah. Tinjauan dilakukan di Beaufort, Sabah di mana 100 responden bukan Muslim ditemu ramah melalui soal selidik berstruktur untuk mengumpulkan maklumat mengenai keyakinan mereka terhadap produk Halal di pasaran makanan Malaysia. Statistik deskriptif digunakan untuk mengenal pasti sosio-ekonomiiri demografi dan keyakinan responden terhadap produk makanan Halal. Model logit digunakan untuk menentukan sejauh mana ciri sosio-ekonomi atau demografi terpilih mempengaruhi keyakinan dan pemahaman responden mengenai prinsip Halal dan produk makanan Halal. Hasil dari ini kajian menunjukkan bahawa pengguna bukan Muslim di kawasan kajian mengetahui mengenai konsep halal dan yakin dengan keluaran produk makanan Halal. Ini dapat ditunjukkan oleh kesedaran mereka yang ketara bahawa Halal bukan sahaja cara Muslim menyembelih haiwan tetapi juga berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan. Secara amnya, pelbagai faktor sosio-ekonomi atau demografi seperti tahap pendidikan, generasi yang lebih muda, mereka yang lebih beragama dan penghuni di sekitar bandar nampaknya lebih menyedari kelebihan prinsip Halal.
Affiliation:
- Kolej Komuniti Beaufort (Malaysia), Malaysia
- Kolej Komuniti Beaufort (Malaysia), Malaysia
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))