View Article |
KETAGIHAN TELEFON PINTAR DAN KETAGIHAN INTERNET SEBAGAI PERAMAL KEPADA HUBUNGAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
NURUL HUSNA MORAD1, R ZIRWATUL AIDA R IBRAHIM2.
Ketagihan teknologi merupakan suatu fenomena yang membimbangkan yang boleh mempengaruhi kesejahteraan individu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji ketagihan telefon pintar dan Internet sebagai faktor peramal kepada hubungan sosial dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata, seramai 300 orang responden menjawab soal selidik berkaitan dengan Smartphone Addiction Scale Short Version, Internet Addiction Test dan Social Connectedness Scale-Revised. Perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS- Versi 25) digunakan untuk menganalisis statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa hanya ketagihan Internet merupakan faktor peramal yang signifikan kepada hubungan sosial pelajar. Kajian ini turut membincangkan implikasi kajian dalam mengenal pasti faktor peramal yang paling dominan kepada hubungan sosial dalam kalangan pelajar universiti dan menyumbang kepada kesusasteraan ketagihan teknologi terutama yang melibatkan responden Pantai Timur.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Terengganu,, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu,, Malaysia
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|