View Article |
Proses PensijilanHalal di Negara Brunei Darussalam dan Keberkesanannya:Pembangunan Instrumen
Norkhairiah Hashim1.
Item-item instrumen kajian yang tidak disahkan oleh pakar sering diragui kebolehgunaannya. Justeru,kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik bagi penyelidikan tentang prosespensijilanHalal di Negara Brunei Darussalam dan keberkesanannya. Sebuah instrumen telah dibina untuk digunapakai dalam penyelidikan ini meliputi lima konstruk utama iaitu persepsi tentang keberkesanan prosespensijilanhalal, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan prosespensijilanhalal, masalah yang wujud dan menghalang keberkesanan prosespensijilanhalal, kelebihanpensijilanhalal Brunei Darussalam dan cadangan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan prosespensijilanHalal di Negara Brunei Darussalam. Langkah-langkah pembangunan instrumen prosespensijilanhalal dan keberkesanannya inimeliputi pembangunan konstruk soal selidik, pembinaan item soal selidik, pengesahan pakar dan kajian rintis bagi mendapatkan pengesahan dan analisis nilai pekali kebolehpercayaan alpha cronbach. Jumlah item yang dibina bagi soal selidik ini pula adalah sebanyak 101 item. Pembinaan konstruk dan item-item soal selidik adalah merujuk kepada prosedurpensijilanhalal dan piawaian halal yang dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam di samping beberapa hasil kajian literatur. Pengesahan muka dan kandungan instrumen dilakukan oleh tiga orang pakar dalam bidang halal. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa nilai alpha Cronbachkonstruk dan item soal selidik adalah di antara julat 0.90 hingga 1.00. Dapatan kajian rintis menunjukkan bahawa konstruk dan item soal selidik mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan dalam mengukur persepsi masyarakat tentang keberkesanan prosespensijilanHalal di Negara Brunei Darussalam.
Affiliation:
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 29 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|