View Article |
Ketidaktepatan Terjemahan Eufemisme dalam al-Quran ke Bahasa Melayu
Zulazhan Ab. Halim1, Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Sa’ad2.
Eufemisme didefinisisebagai gaya ujaran tidak langsung yang digunakan untuk menggantikan ungkapan tidak menyenangkan dan makna yang tidak sesuai. Dalam konteks terjemahan, ia mengundang kesukaran disebabkan faktor linguistik dan variasi budaya. Lantaran itu, ketidaksampaian makna sebenar eufemisme dan penggunaan teknik terjemahan yang kurang sesuai boleh menjejaskan mesej Al-Quran. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti teknik terjemahan eufemisme dalam Al-Quran dan menganalisis ketepatan terjemahan makna eufemisme dalam Al-Quran ke bahasa Melayu berdasarkan model Sameer Olimat. Kajian kualitatif ini mengguna pakai kaedah analisis kandungan dengan membuat perbandingan antara dua buah karya terjemahan Al-Quran dalam bahasa Melayu. Kajian ini memfokuskan terhadap makna terjemahan eufemisme dalam al-Qur’an di samping merujuk kepada pentafsiran kitab tafsir muktabar sebagai ukuran ketepatan. Seterusnya, untuk mengenalpasti teknik yang diterap dalam karya terjemahan, pengkaji menggunakan teknik terjemahan intervensi Darwish. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penterjemah memindahkan teks sumber secara literal dengan mengekalkan struktur semantik dalam bahasa sasaran tanpa membuat sebarang penyesuaian. Hal ini mengundang implikasi apabila maksud sebenar eufemisme dalam Al-Quran tidak disampaikan dengan sempurna kepada khalayak pembaca. Walau bagaimanapun, terdapat eufemisme diterjemah secara literal dan memenuhi kehendak mesej Al-Quran kerana pendekatan tersebut selari dengan ijtihad mufassir. Selain itu, terdapat juga terjemahan yang tidak menepati peraturan sosiolinguistik masyarakat Melayu kerana menggunakan perkataan yang sensitif. Berdasarkan analisis, teknik terjemahan yang berjaya menyampaikan makna sebenar eufemisme termasuklah teknik apositif secara parentesis, teknik gantian modulasi dan teknik pengeksplisitan secara nota kaki. Dapatan ini diharap dapat membuka ruang terhadap kajian berkaitan eufemisme dalam Al-Quran seterusnya menjadi panduan asas kepada pengkaji lain.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 38 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|