View Article |
Tinjauan Semasa Tahap Pemahaman dan Penguasaan Pelajar Sekolah Rendah KAFA: Prospek Pembangunan Bahan Bantuan Mengajar di Era Revolusi Industri 4.0
Farrah Wahida Che Ros1, Shamsul Azhar Yahya2, Zamri Arifin3.
Pendidikan bahasa Arab sebagai bahasa asing/kedua semakin mendapat perhatian di Malaysia khususnya di era perkembangan revolusi industri 4.0. Kepentingan penguasaannya kini bukan sahaja dilihat dari aspek pendidikan agama Islam sahaja tetapi turut mengambil kira usaha pengembangan pelbagai sektor pendidikan tinggi, ekonomi, industri dan kerjasama antara negaradunia Islam. Sekolah Rendah KAFA merupakan medium pertama dalam pembinaan generasi yang dapat menguasai bahasa Arab. Malangnya, banyak faktor yang menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut termasuklah kelemahan dalam amalan pedagogi, penggunaan alat/bahan bantu mengajar (BBM) dan kegagalan memanfaatkan perkembangan teknologi semasa. Dapatan daripada kajian terdahulu membuktikan bahawa pemahaman dan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar pelbagai peringkat termasuklahdi sekolah KAFA masih belum berada pada tahap yang memuaskan berbanding pembelajaran bahasa kedua/asing yang lain. Justeru, penulisan artikel ini bertujuan untuk mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan dan alternatif yang relevan dengan perkembangan teknologi di zaman revolusi industri 4.0 bagi diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya di sekolah-sekolah KAFA. Kertas ini akan meninjau pandangan dan kajian yang berkaitan di samping mengemukakan saranan yang boleh membantuguru yang terlibat dalam pengajaran bahasa Arab demi untuk mewujudkan inovasi baru dalam amalan pengajaran di dalam atau di luar bilik darjah khususnya di Sekolah Rendah KAFA
Affiliation:
- Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor,MALAYSIA, Malaysia
- Institut Islam Hadhari, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor,MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Islam, Universiti KebangsaanMalaysia, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 5 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|