View Article |
Sirah Nabi Muhammad SAWdalam Novel 'Dia': Karya Mohd Labib Ahmad
Nurhasma Muhamad Saad1, Yuslina Mohamed2, Wan Moharani Mohammad3, Muhammad Marwan Ismail4, Zulamali @ Abdul Aziz Matassan5.
Sirah Nabi Muhammad SAW adalah rakaman keseluruhan perjalanan dan jejak-jejak kehidupan baginda SAW secara terperinci. Manakala menghayati sirah Nabi umpama menyelusuri dan menguraikan perjalanan hidup baginda yang penuh warna sejak dari lahirnya hingga wafat baginda. Perjalanan kehidupan baginda yang penuh dengan makna tersirat dan kaya dengan nuansa. Keunggulan kisah perjalanan hidup yang amat menarik, sentiasa mendapat tempat dan perhatian serta memberi inspirasi kepada karyawan dalam menghasilkan pelbagai penulisan terutamanya penulisan karya sastera. Intisari kisah perjalanan hidup dan keperibadian Nabi SAW dibicara dan dikupas dengan meluas dalam pelbagai genre sastera sama ada puisi dan prosa. Pembacaan karya sastera boleh membangunkan diri insan, sama ada jiwa dan pemikirannya. Justeru itu, artikel ini bertujuan mengenal pasti adaptasi sirah Nabi Muhammad SAW yang dieksploitasioleh penulis dalam novelnya yang berjudul DIA . Kajian ini adalah kajian deskriptif kualitatif yang menggunakan metode analisis struktural, iaitu dengan menganalisis aspek-aspek pembinaan dan struktur karya sastera dalam novel DIA yang diadaptasi dari sirah Nabi SAW melalui penelitian unsur-unsur estetika, artistik dan keunikan sastera yang terdapat di dalamnya seperti tema, judul, plot, watak dan perwatakan, teknik penceritaan dan latar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Mohd Labib Ahmad berjaya menyampaikan sirah Nabi Junjungan Muhammad SAW dalam bentuk karya kreatif yang berkesan dan penghayatan yang mendalam untuk tatapan pembaca dan pencintaRasulullah
Affiliation:
- Universiti SainsIslam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti SainsIslam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti SainsIslam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti SainsIslam Malaysia (USIM), Malaysia
- Universiti SainsIslam Malaysia (USIM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|