View Article |
Kedudukan Hutang Si Mati dalam Pelaksanaan Hak-hak Harta Peninggalan menurut Syariat Islam
Mohd Ali Mohd Yusuf1, Basri Ibrahim2.
Hutang adalah salah satu instrumen muamalah yang telah diamalkan oleh manusia sejak dahulukala. Pada masa kini, manusia sangat sukar mengelak diri daripada berhutang. Ini berikutan terdapat keperluan yang berbagai seiring dengan kehidupan di zaman moden, di sampingkemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh pelbagai pihak. Isu yang berbangkit ialah apabila hutang tidak sempat dibayar setelah berlaku kematian. Kajian ini bertujuan untuk melihat kedudukan hutang sebagai salah satu hak daripada hak-hak harta peninggalan dan bagaimana hak liabiliti ini diuruskan semasa proses pembahagian harta pusaka kecil di Unit Pembahagian Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian di Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang dilaksanakan melalui proses temubual, pemerhatian turut serta dan analisis dokumen berkaitan hukum-hakam mengenai hak perhutangan di dalam hak-hak harta peninggalan dan akta-akta yang diguna pakai di dalam menyelesaikan isu ini. Hasil kajian merumuskan bahawa hutang adalah hak si mati yang wajib diuruskan oleh waris selepas berlaku kematian. Akta 98 jelas memperuntukkan agar hutang si mati dilunaskan sewaktu proses perbicaraan. Walau bagaimanapun penambahbaikan masih boleh dibuat dari sudut penguatkuasaan pengisytiharan hutang oleh para waris. Pengurusan hutang ini amat perlu didedahkan kepada masyarakat Islam agar kedudukan dan peranannya dapat difahami dengan lebih mendalam, terutama ketika menguruskan pembahagian pusaka agar lebih teratur dan efisien bagi mengelak penangguhan pembahagian pusaka si mati.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 6 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|