View Article |
Kontroversi Manfaat dalam Perisian Aplikasi E-Wallet
Amir Abrar Abd Latif1, Shofian Ahmad2.
Perisian aplikasi merupakan salah satu cabang perisian yang menggunakan keupayaan sistem pengendalian sesebuah peranti seperti Microsoft Windows, MacOS, Andoird, IOS dan macam-macam lagi, bagi melaksanakan tugasan yang diingini penggunanya. E-wallet secara umumnya merupakan teknologi terkini yang menawarkan perkhidmatan penyimpanan wang elektronik pengguna. Sistem e-wallet muncul dengan pelbagai inovasi dalam fokus mengubah sistem simpanan dunia, dan ia terjadi diakibatkan revolusi industri 4.0 dan telah melonjakkan kemajuan teknologi kewangan ke tahap sekarang. Isu pemberian manfaat yang diberikan oleh penerbit aplikasi kepada pendeposit e-wallet telah menjadi satu kontroversi hukum, ia disebabkan terdapat di antara pemberian manfaat tersebut ditawarkan dalam situasi pendeposit e-wallet mendepositkan dana ke dalam akaun. Rentetan daripada itu, kajian ini memfokuskan kepada perisian aplikasi e-wallet dari aspek kontrak yang diguna pakai di antara penerbit dengan pendeposit e-wallet dalam operasi mendepositkan dana dan juga kajian ini turut menganalisis status hukum manfaat yang ditawarkan oleh penerbit kepada pendeposit e-wallet dengan mendalam. Kajian yang dijalankan ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan juga analisis pemerhatian turut serta terhadap perisian aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan juga Shopee dalam aspek manfaat yang diberikan selepas mendepositkan dana. Hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa deposit dalam aplikasi e-wallet adalah suatu bentuk hutang dan manfaat yang diberikan kepada pendeposit e-wallet adalah riba yang diharamkan dalam Islam.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 42 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|