View Article |
Nilai Estetika Keindahan Motif dan Corak Seni Ukiran Kayu Rumah Limas Belanda di Terengganu
Mohd Nur Shafiq Harun1, Mohd Samsudin2.
Rumah Limas Belanda merupakan salah satu produk warisan kebudayaan seni bina di Terengganu yang masih tersergam indah dan memiliki keindahan seni ukiran kayunya yang dipengaruhi oleh sejarah budaya Melayu tradisional dan pengaruh agama Islam sebagai lambang status dan darjat pemilik rumah. Oleh itu, artikel ini memfokuskan tentang jenis-jenis motif dan corak ukiran kayu yang terdapat pada Rumah Limas Belanda. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif merangkumi sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperolehi melalui kaedah temubual dan kajian lapangan di Rumah Limas Belanda yang terletak di Kampung Losong. Manakala, sumber sekunder diperolehi daripada buku ilmiah, jurnal, akhbar dan tesis sarjana. Hasil kajian menunjukkan bahawa seni bina Rumah Limas Belanda mempunyai jenis motif dan corak ukiran kayu berunsurkan motif kaligrafi Arab, motif alam flora dan motif geometri yang yang diterapkan berlandaskan syariat dan akhlak Islam. Sesungguhnya, kajian ini dilakukan sebagai usaha untuk melestarikan warisan seni ukiran kayu yang terdapat pada Rumah Limas Belanda di Terengganu agar dapat dijadikan rujukan oleh penyelidik lain dan generasi akan datang
Affiliation:
- Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 6 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|