View Article |
Syubhah dalam Premis Makanan: Peranan Pensijilan Halal sebagai Kaedah Penyelesaian
Muhammad Jafni Fakhrillah Jabidi1.
Dalam menentukan syubhah dalam premis pemakanan, persepsi orang yang tidak mengetahui garispanduantertentu, ditakuti menyebabkannya terjerumus dalam perkara haram. Adapun garis panduanyang menerangkan prinsip-prinsip penentuan syubhah boleh dikongsi kepada orang ramai kerana pada penghujungnya, orang ramai juga yang bertanggungjawab atas makanan yang dimakan oleh mereka sendiri. Dengan undang-undang bertulis di Negara Brunei Darussalam, maka garis panduanpensijilan halal telah dikemaskinikan dan sijil halal sudah diberikan kepada premis-premis makanan yang lulus diperiksa oleh juruaudit. Akan tetapi, kebanyakandari premis-premis tersebut adalah pemilikan bukan Islam malah terdapat tukang masak dari premis-premis tersebut bukan beragama Islam. Kajian ini dibuat juga adalah untuk mengkaji persepsi masyarakat terhadap Pensijilan Halal di Negara Brunei Darussalam. Skop kajian ini akan lebih tertumpu kepada huraian-huraian Syubhah dalam ruang lingkup Mazhab Syafi’e. Namun, ada sebahagian pendapat-pendapat ulama dari mazhab yang lain difikirkan perlu akan diserapkan dalam kajian ini. Kajian ini akan menumpukan kepada masyarakat dan institusi yang mengurus-setia pensijilan halal di Negara Brunei Darussalam iaitu, Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Dari segi undang-undang pula, kajian ini menumpukan kepada undang-undang pensijilan halal yang ada di Negara Brunei Darussalam
Affiliation:
- Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Simpang 347, Jalan Pasar Gadong, Bandar Seri Begawan, BRUNEI, Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 44 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|