View Article |
Cabaran Pemerkasaan Literasi Maklumat Penguatkuasaan Penghakiman Mahkamah Syariah Melalui Peranan Bahagian Sokongan Keluarga di Sarawak
Zulzaidi Mahmod1, Ahmad Hidayat Buang2, Afifah Baharuddin3.
Penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Syarie Mahkamah Syariah hendaklah dipatuhi oleh pihak-pihak yang bertikai. Penghakiman yang tidak dipatuhi boleh diambil tindakan melalui penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman. Masyarakat perlu memahami maklumat ini untuk memastikan kecuaian melaksanakan penghakiman diambil tindakan melalui undang-undang. Maklumat yang tidak dapat disalurkan berkenaan pengabaian nafkah akan memberi kesan penganiayaan terhadap wanita dan kanak-kanak. Persoalannya bagaimanakah mekanisme yang digunakan oleh Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi menyampaikan maklumat berkenaan penguatkuasaan penghakiman. Kertas kerja ini bertujuan melihat cabaran literasi maklumat penguatkuasaan penghakiman melalui peranan BSK JKSM di Sarawak. Pendekatan metodologi yang diguna pakai bagi kertas kerja ini ialah pendekatan kualitatif. Pengumpulan data penyelidikan ini dilakukan secara kepustakaan, dokumentasi dan temubual pihak berkaitan. Hasil kajian ini mendapati bahawa BSK JKSM di Sarawak telah menjalankan literasi maklumat kepada masyarakat dengan pelbagai mekanisme termasuk saluran media massa. Cabaran pelaksanaan literasi maklumat adalah kekangan kakitangan, geografi Sarawak, pengangkutan dan ketiadaan unit khusus. Pandemik covid-19 juga merupakan cabaran kepada literasi maklumat ini. Penyelidikan ini mencadangkan pemerkasaan literasi maklumat dimantapkan oleh BSK JKSM di Sarawak dengan lebih berfokus dan menggunakan saluran media agar masyarakat memahami maklumat penguatkuasaan penghakiman Mahkamah Syariah
Affiliation:
- Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA, Malaysia
- Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA, Malaysia
- Jabatan Syariah dan Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|