View Article |
Maqasid Tauhidiah dalam Ibadat Haji
Azli FairuzLaki1, Jamalluddin Hashim2.
Ibadat haji mempunyai pelbagai maqāṣid, antaranya adalah yang berkaitan dengan aspek tauhid. Mentauhidkan Allah s.w.t adalah kewajipan setiap mukalaf. Ia juga menjadi maqāṣid utama dalam ibadat haji. Hal ini demikian kerana tauhid merupakan elemen pokok yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam risalah yang dibawa oleh para nabi dan rasul. Erti mentauhidkan Allah s.w.t kebiasaannya ditonjolkan secara teori iaitu mengimani keesaan Allah s.w.t dengan iktikad perbezaan-Nya dengan makhluk dari segi zat, sifat dan perbuatan. Namun, terdapat anggapan yang menyatakan bahawa erti ketauhidan adalah lebih luas daripada lingkungan itu. Makalah ringkas yang menggunakan metode induktif ini menggali prinsip-prinsip dasar ketauhidan dalam ibadat haji bagi mengenal pasti maqāṣid berasaskan tauhid yang digariskan oleh syarak. Makalah ini mendapati bahawa ibadat haji banyak menonjolkan maqāṣid tauhidiah dalam ritual-ritualnya yang membentuk satu konsep ketauhidan yang lebih luas. Antara maqāṣid tauhidiah yang dikenal pasti ialah mengembalikan syiar ketauhidan di mashā’ir, memperbezakan syiar haji Islam dengan kebiasaan orang-orang musyrik, mengikhlaskan niat dalam pelaksanaan ibadat dan menolak unsur-unsur syirik serta khurafat dalam peribadatan
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|