View Article |
Menyangkal Dakwaan Syi’ah Kontemporari terhadap Hadith Sahih al-BukhariBerkenaan dengan Wanita Pendek Akal
Muhamad Aidil Zali1, Mohd Nor Adli Osman2.
Kitab Sahih al-Bukhariadalah kitab hadith yang menghimpunkan kesemuanya hadith yang sahih. Justeru kedudukan Sahih al-Bukhariadalah yang paling tinggi berbanding kitab hadith yang lain. Namun begitu, golongan Syiah telah mengkritik hadith yang terdapat di dalam kitab tersebut, antaranya adalah hadith berkenaan wanita pendek akal. Oleh yang demikian, penulisan ini adalah bertujuan untuk menyangkal tuduhan yang telah diberikan oleh golongan Syiah terhadap hadith ini, yang telah memberi kesan secara tidak langsung terhadap kefahaman hadith tersebut. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif dengan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dan seterusnya menganalisis data-data tersebut berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Hasil kajian ini, mendapat golongan Syiah mempunyai kefahaman yang salah terhadap hadith ini secara umumnya dan kefahaman yang salah terhadap kesamarataan penciptaan lelaki dan wanita. Justeru, kajian ini mempunyai kepentingan yang tersendiri kerana dapat menjelaskan kecelaruan golongan Syiah dalam memahami teks hadith. Selain itu juga, dapat menjelaskan beberapa perbezaan antara akal wanita dan akal lelaki
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 43 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|