View Article |
Amalan Kerohanian Merawat Tekanan Emosi Pesakit COVID-19
Nur Syibrah Hanani Sobri1, Kamarudin Salleh2, Nozira Salleh3.
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mengakibatkan pelbagai masalah gangguan emosi khususnya kepada pesakit yang disahkan positif covid-19 seperti mengalami kesedihan, kebimbangan terhadap penyakit, gelisah kerana ketidaktentuan tentang penyembuhan, dan perasaan bersalah kerana mungkin menjadi punca penyakit ini tersebar kepada orang lain. Muslim yang sejati perlu yakin bahawa agama Islam merupakan sumber rawatan bagi merawat masalah emosi seseorang melalui amalan kerohanian dalam kehidupan seharian kerana ia mampu menghasilkan kekuatan dalaman diri dan sekaligus mengalirkan tenaga kepada tubuh badan agar kembali sihat. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan rawatan emosi yang dialami oleh pesakit covid-19 semasa berada dalam tempoh penyembuhan melalui amalan kerohanian khususnya amalan ibadah. Penulisan ini berdasarkan temubual dari 8 orang bekas pesakit covid-19 di Malaysia dan melalui proses kuarantin dari pelbagai tempat seperti penempatan khas kuarantin pesakit covid-19 dan rumah sendiri. Dapatan kajian mendapati bahawa pesakit covid-19 mendapat kekuatan diri dengan melakukan amal ibadat seperti menunaikan solat, berdoa, membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah sebagai pengharapan untuksembuh selain ubat-ubatan. Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan psikologi pesakit covid-19 dengan mencadangkan beberapa alternatif rawatan Islam serta memberi implikasi terhadap jiwa pesakit covid-19 dengan mengembalikan semangat diri apabila disahkan positif
Affiliation:
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, 43600 UKM Bangi, Selangor. MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, 43600 UKM Bangi, Selangor. MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, 43600 UKM Bangi, Selangor. MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 8 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|