View Article |
Peranan dan Cabaran KAGAT dalam Membina Kesejahteraan Masyarakat Malaysia
Mohd Subri Ghazali1, Muhamad Razak Idris2, Nozira Salleh3.
Kesejahteraan masyarakat merupakan matlamat terpenting yang ingin dicapai oleh agama Islam. Konsep Islam rahmatan lil alaminiaitu agama Islam sebagai rahmahuntuk seluruh alam yang terkandung dalam al-Quran merupakan asas pemikiran penting yang memandu umat Islam merealisasikan kesejahteraan dalam sebuah masyarakat.Kajian ini mendapati Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT)merupakan sebuah institusi yang turut menyumbang dengan aktif dalam mencapai kesejahteraan masyarakat Malaysia terutama di kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sehubungan itu, kajian ini menghuraikan sejarah dan tujuan penubuhan KAGAT serta menganalisis peranan dan cabaran yang telah dilaksanakan oleh KAGAT bagi membina kesejahteraan masyarakat Malaysia. Kajian ini mengaplikasikan metode analisis dokumen dan temubual bagi mencapai tujuan tersebut. Kajian mendapati KAGAT telah mengaplikasikan pendekatan pembangunan sumber insan berasaskan konsep daie askaridalam usaha membina warga ATM yang berilmu dan berbakti kepada masyarakat dan negara. Program dakwah bagi membina masyarakat sejahtera terbahagi kepada aspek rohaniah, ilmiah dan kebajikan sosial. Bagi memastikan keberkesanan program pembinaan masyarakat sejahtera,beberapa syor penambahbaikan dikemukakan antaranya keperluan bagi pengukuhan program latihan warga ATM,penambahan keanggotaan KAGAT, serta peningkatan tahap kefahaman qadhaaya al-dakwahkepada anggota KAGAT merupakan langkah paling berkesan melonjakkanlagi peranan KAGAT
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Islam, UKM, Malaysia
- Fakulti Pengajian Islam, UKM, Malaysia
- Fakulti Pengajian Islam, UKM, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|