View Article |
Analisis Kaedah Penulisan Hadith oleh Hamka dalam Tafsir al-Azhar
Imran Ab Rahim1, Roshimah Shamsudin2.
Tafsir al-Azhar karangan Hamka merupakan antara kitab tafsir Nusantara yang dianggap paling terkenal hingga ke hari ini. Justeru, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan mengenainya namun lebih ke arah kajian dari perspektif tafsir. Perkara ini memberi indikasi bahawa kajian mengenai penulisan beliau dari aspek hadith agak terhad, walaupun terdapat kajian berbentuk takhrij al-hadith. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kaedah penulisan hadith yang digunakan oleh beliau dalam Tafsir al-Azhar dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Dalam melaksanakan kajian ini, kaedah pengumpulan data adalah berasaskan metode kepustakaan daripada sumber bertulis Tafsir al-Azhar. Keseluruhan data tersebut dianalisis berasaskan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Hamka telah menampilkan hadith dalam dua bentuk: [Pertama], teks hadith dalam bahasa Arab yang diletakkan barisnya berserta terjemahannya dalam bahasa Melayu Indonesia. [Kedua], teks hadith secara terjemahan dalam bahasa Melayu Indonesia berserta potongan sebahagian teksnya dalam bahasa Arab dengan diletakkan barisnya. Daripada dua bentuk tersebut, terdapat hadith yang dinyatakan nama pengarang kitab dan perawinya selain terdapat juga hadith yang disertakan nama pengarang kitab tanpa menyebut perawinya. Ini menunjukkan kepelbagaian kaedah Hamka dalam menulis hadith dalam Tafsir al-Azhar.
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 51 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|