View Article |
Persepsi Keberkesanan Program Kemahiran TVETdalam Kalangan Pelajar Institusi Tahfiz Daerah Kota Tinggi Melalui Pendekatan Heutagogi
Hasniza Tawyer1, Hanirah Mohamad Nur2.
Landskap dunia Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) telah berubah sepenuhnya daripada secara bersemuka kepada secara atas talian akibat daripada pandemik COVID-19. Situasi ini secara tidak langsung telah memberi impak yang besar dalam pelaksanaan Program Kemahiran TVET yang dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) dalam kalangan pelajar institusi tahfiz daerah Kota Tinggi. Sehubungan dengan itu, KKKT mengambil inisiatif melaksanakan Program Kemahiran TVET dalam kalangan pelajar institusi tahfiz melalui pendekatan Heutagogi. Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap pelaksanaan dan persepsi keberkesanan Program Kemahiran TVET pelajar institusi tahfiz daerah Kota Tinggi melalui pendekatan Heutagogi. Di mana, melibatkan seramai 36 orang pelajar Madrasah Tahfiz An-Naurah, Kota Tinggi. Dilaksanakan secara kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif untuk mencari kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pelaksanaan program dan tahap persepsi keberkesanan program berada pada tahap tinggi dengan nilai skor masing-masing ialah 4.398 dan 4.296. Program kemahiran TVET seumpama ini patut diteruskan dalam kalangan pelajar institusi tahfiz agar aliran TVET ini menjadi penghubung latar belakang yang berbeza. Seterusnya membantu pelajar institusi tahfiz ini memperoleh peluang pekerjaan yang lebih luas berbekalkan kemahiran yang diperolehi
Affiliation:
- Kolej Komuniti Kota Tinggi, Jalan Abdulah, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, MALAYSIA, Malaysia
- Kolej Komuniti Kota Tinggi, Jalan Abdulah, Pekan Kota Tinggi, 81900 Kota Tinggi, Johor, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 33 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|