View Article |
Isu-isu Perhubungan Suami Isteri dalam Keluarga Islam di Malaysia: Analisis Literatur
Nur Faezah Musthapar1, Bahiyah Ahmad2.
Kesejahteraan sebuah keluarga banyak dipengaruhi oleh hubungan antara suami dan isteri. Namun begitu, banyak isu tragis yang berlaku antara suami dan isteri seperti pergaduhan, keganasan rumah tangga, penceraian dan pembunuhan. Justeru artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu yang sering berlaku dalam perhubungan suami isteri di Malaysia dari perspektif Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Hasil dapatan sorotan literatur merumuskan bahawa isu-isu yang sering berlaku dalam perhubungan suami isteri adalah pengabaian tanggungjawab, hubungan intim, komunikasi, pengurusan konflik atau perbezaan pandangan, sikap dan pengurusan kewangan. Hasil analisis mendapati bahawa indikator kepada perhubungan suami isteri menurut Islam adalah penghayatan agama dalam kehidupan dan pergaulan baik antara suami isteri (muʻasharah bil maʻruf)
Affiliation:
- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur,MALAYSIA., Malaysia
- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur,MALAYSIA., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 7 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|