View Article |
Pengurusan Takmir dan Peranan dalam Pengimarahan Masjid dan Surau Negeri Perak
Muhammad Imran Ibrahim1, Mohd Nizam Sahad2, Mohd Faizal Abdul Khir3.
Pengurusan adalah merupakan aspek penting dalam setiap organisasi. Pengurusan yang baik akan memastikan peranan sesuatu institusi dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menghasilkan impak yang maksimum sejajar matlamat yang dikehendaki. Objektif penulisan ini adalah bagi mengidentifikasi peranan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melalui Unit Takmir, Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk dalam pengimarahan masjid dan surau di negeri Perak. Ia menekankan kepada aspek pengurusan yang dilaksanakan bagi mengurus aktiviti pengimarahan masjid dan surau di negeri Perak melalui program takmir. Selain daripada itu, kajian ini mengetengahkan transformasi pencapaian program takmir di Perak. Bagi mencapai maksud ini, kaedah dokumentasi digunakan sebagai metodologi penyelidikan untuk mengumpul data dan metode analisis deskriptif digunakan untuk tujuan penganalisisan. Kertas ini dipecahkan kepada beberapa pecahan utama iaitu pendahuluan latar belakang, pengurusan takmir negeri Perak dan peranan takmir dalam pengimarahan masjid dan surau negeri Perak. Kajian ini mendapati bahawa pengurusan takmir dijalankan dengan struktur pengurusan yang teratur dan mempunyai peranan penting dalam pengimarahan masjid dan surau di negeri Perak
Affiliation:
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
- Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
- Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|