View Article |
Pembelajaran Inter-Profesional dalam Kursus Sejarah Kesenian Islam
Roziah Sidik @ Mat Sidek1.
Kursus Sejarah Kesenian Islam ditawarkan di Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kursus ini menghendaki pelajar menghasilkan seni arca sebagai sebahagian daripada komponen penaksiran. Oleh kerana penghasilan seni arca banyak dilakukan oleh pelajar Program Seni Bina, maka kursus Sejarah Kesenian Islam mengambil inisiatif melakukan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dengan mengadaptasi model pembelajaran inter-profesional untuk membolehkan wujud ruang pembelajaran secara bersama antara pelajar kedua-dua bidang tersebut. Model ini merujuk kepada proses pembelajaran yang dilakukan oleh sekelompok pelajar dari pelbagai latar belakangpendidikan yang belajar bersama-sama. Ia bukan satu fenomena baharu dalam dunia pendidikan kerana ia telah bermula sejak 1960an. Meskipun model ini sering dikaitkan dengan bidang kesihatan, ia jugasesuai diaplikasi dalam pembelajaran pelbagai bidang lain termasuk sejarah dan tamadun Islam. Apatah lagi dalam konteks yang lebih umum, ia sering dianggap sinonim dengan multidisiplin dan juga transdisiplin. Objektif kajian ini adalah untuk melihat aplikasi inovasi pembelajaran inter-profesional dalam kursus Sejarah Kesenian Islam sehingga membolehkan pelajar kursus ini mendapat manfaat daripada pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar Program Seni Bina untuk diterjemahkan dalam arca yang akan dihasilkan. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian lapangan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. 20 pelajar dan seorang pensyarah kursus ini menyertai kajian lapangan bersama lima pelajar dan seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Kajian lapangan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu sesi kuliah yang disampaikan oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, diikuti dengan perbincangan kumpulan kecil yang melibatkan pelajar kedua-dua program. Aplikasi model pembelajaran inter-profesional ini memberi impak yang maksimum kepada pelajar apabila mereka memanfaatkan model tersebut dalam menghasilkan seni arca masing-masing.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 42 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|