View Article |
Faktor Pembentuk Pemikiran Tasawuf Ibn Khaldun: Analisis Autobiografi
Fadillah Ulfa1, Che Zarrina Sa’ari2, Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman3.
Kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa lingkungan persekitaran memberikan pengaruh yang besar dalam pembentukan keperibadian seseorang, dan ianya merupakan sunnatullah dalam penciptaan. Pada hakikatnya manusia adalah anak yang lahir dari lingkungan persekitarannya. Oleh itu, pemahaman sebenar berkaitan dengan latar belakang kehidupan seorang tokoh sangat diperlukan untuk mengetahui faktor-faktor yang menjadi penyumbang dalam pembentukan pemikiran dan kehidupannya. Ibn Khaldun dikenali sebagai seorang cendekiawanulung, pakar sejarah, bapa ekonomi dan sosiologi melalui karya beliau yang terkenal iaitu al-Muqaddimah. Kajian ini pula berusaha menampilkan sisi yang berbeza, bahawa beliau juga adalah salah seorang tokoh sufi yang menjalani kehidupan tasawuf dan turut pula menyumbangkan pemikirannya dalam bidang tasawuf melalui karya beliau yang lain yang bertajuk Shifa’ al-Sa’il wa Tahdhib al-Masa’il. Kajian ini membincangkan faktor penentupemikiran tasawuf Ibn Khaldun menerusi studi analisis tentang biografi beliau. Perbahasan detil berkenaan dengan latar belakang kehidupan Ibn Khaldun dikemukakan dalam kajian ini untuk melihat sejauh mana ia mempengaruhi pemikiran tasawufnya. Kajian perpustakaan yang menganalisis data menggunakan metode induktif dan deduktif ini menunjukkan bahawa ada empat faktor yang menyumbang kepada pembentukan pemikiran tasawuf Ibn Khaldun; suasana semasa beliau hidup, keluarga dan pendidikan, kerjaya beliau dalam bidang politik yang penuh intrik dan makar serta penglibatan beliaudalam bidang akademik sebagai syeikh di salah satu pengajian Tasawuf terbesar di Mesir.
Affiliation:
- Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Malaya, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|