View Article |
Teknik Komunikasi Ibu dalam Pembentukan Sahsiah Anak-anak Menurut Islam
A’dawiyah Ismail1, Siti Najihah Mansor2.
Komunikasi ibu terhadap anak-anak merupakan titik permulaan pembentukan awal sahsiah anak-anak untuk membentuk penyesuaian psiko-sosial bagi mereka menempuh alam kehidupan mendatang. Ibu bertanggungjawab dalam berkomunikasi dengan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan anak-anak. Namun, realiti hari ini komunikasi di antara ibu dan anak dilihat semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor permasalahan antaranya kesibukan ibu berkerja serta penggunaan komunikasi oleh anak-anak kini dengan menggunakan kata-kata kesat, tengking-menengking serta terlibat dengan masalah sosial membuktikan kegagalan komunikasiini. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji teknik komunikasi ibu menurut Islam dan kelebihannya terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Reka bentuk kajian inikajian kualitatif iaitu menggunakan kaedah lazim seperti analisis kandungan dan analisis dokumen sebagai medium pengumpulan data dapatan penyelidikan. Dapatan kajian mendapati bahawa teknik komunikasi menurut Islam seperti qaulan karima, qaulan sadida, qaulan ma’rufa, qaulan baligha, qaulan layyina dan qaulan maisura merupakan kaedah yang sesuai dipraktikkan oleh para ibu khususnya. Selain itu juga, dapat membantu memberi kesan yang baik terhadap pembentukan sahsiah seperti akidah, akal, akhlak, ibadah danemosi anak-anak supaya tidak menyeleweng daripada kehidupan serta menjalani kehidupan ke arah kebenaran (al-Haq) dengan berkesan untuk masa akan datang (dunia dan akhirat) berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia,, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia,, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 30 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|