View Article |
Analisis Literatur Sistematik (SLR) terhadap Elemen Pembangunan Pendakwah
Nor Izzatul Husna Burhan1, Zulkefli Aini2.
Kajian lepas menunjukkan salah satu punca kepada ketidakberhasilan pelaksanaan gerak kerja dakwah adalah disebabkan oleh kekurangan daripada pihak pendakwah. Keadaan ini menjadikantahap penerimaan mesej dakwah dalam kalangan masyarakat sasaran kurang mendapat sambutan. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku ialah lemahnya aspek pembangunan insaniah dalam diri pendakwah. Justeru, kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti elemen pembangunan pendakwah dalam kerangka pembangunan insan. Kajian ini adalah menggunakan kaedah Systematic Literature Review(SLR) iaitu kaedah yang memfokuskan kepada kehendak kajian. Terdapat tiga peringkat untuk menganalisis artikel yang bersesuaian dengan kajian, iaitu pengenalpastian (identification), saringan (screening) dan kelayakan (eligibility). Hasil kajian terhadap dua belas artikel yang membincangkan tentang elemen pembangunan insan, terdapat tujuh elemen penting dalam pembangunan insan yang boleh diterapkan dalam pembangunan pendakwah iaitu jasmani, rohani, akal, emosi, sosial, ekonomi dan politik. Kajian ini mempunyai kepentingan daripada sudut merangka strategi membangunkan pendakwah dalam pelbagai aspek secara sepadudan holistik.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|