View Article |
Tahap Penguasaan dan Hubungan antara Pengetahuan terhadap Kemahiran Pelaksanaan KBAT dengan Faktor Kesediaan dan Sikap Guru dalam Mengimplementasikan KBAT ketika Sesi PdP sebagai Moderator: Satu Kajian di Daerah Johor Bahru
Ahmad Syafiq Yusof1, Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain2, Sakinah Ab. Rahim3.
PengimplementasianKemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan negara bertujuan melahirkan generasi yang mampu berfikir di luar kotak agar dapat menyelesaikan masalah secara cermat dan bersaing secara global. Bagi mencapai hasrat ini, para pendidik memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkukuh KBAT dalam kalangan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Sehubungan itu, para pendidik perlu menguasai KBAT bagi memastikan misi dan visi serta falsafah pendidikan negara tercapai. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan dijalankan bertujuan menilai tahap penguasaan KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah menengah daerah Johor Bahru sekaligus melihat perkaitan antara tahap pengetahuan dengan kemahiran pelaksanaan KBAT ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dengan faktor kesediaan dan sikap guru sebagai moderator. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan guru terhadap KBAT adalah baik namun faktor moderator tidak signifikan dalam mempengaruhi tahap kemahiran pelaksanaan KBAT dalam kalangan responden
Affiliation:
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor Bahru, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor Bahru, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Skudai, Johor Bahru, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|