View Article |
Siyasah al-Qadidalam Pentadbiran Kehakiman: Perbandingan antaraPerbahasan Fiqh dan Amalan Semasa di Mahkamah Syariahdi Malaysia
Zubaidi Sulaiman1, Ahmad Hidayat Buang2.
Siyasah al-qadidalam genre fiqh klasik dibincangkan di bawah perbahasan adab al-qadi. Dalam menjalankan urus tadbir mahkamah, hakim atau institusi kehakiman berperanan untuk mengambil apa-apa tindakan berbentuk maslahahberasaskan siyasah shar’iyyahbagi memastikan keadilan benar-benar dapat ditegakkan. Sebelum adanya Arahan Amalan Mahkamah Syariah, para hakim dalam menjalankan prosiding kehakiman hanya merujuk kepada adab al-qadiyang digariskan dalam kitab-kitab fiqh hingga mewujudkan polisi dan amalan yang tidak seragam. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan beberapa aspek siyasah al-qadidalam perbahasan fiqh seperti etika hakim, infrastruktur mahkamah, kebajikan hakim dan prosiding perbicaraanserta membandingkannya dengan amalan yang berlaku dalam pentadbiran kehakiman di Mahkamah Syariah masa kini. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kepustakaan iaitu bersumberkan buku ilmiah, fakta-fakta dan dokumen berautoriti seperti Arahan Amalan Mahkamah Syariah. Kajian ini mendapati kebanyakan prinsip siyasah al-qadiyang dibahaskan dalam kitab-kitab fiqh telah pun diamalkan di Mahkamah Syariah, namun terdapat beberapa perkara yang tidak dilaksanakan kerana ianya sudah tidak praktikal untuk diamalkan dengan realiti dan keperluan semasa.Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada para hakim dan pihak pengurusan tertinggi mahkamah dalam penambahbaikan polisi dan perekayasaan amalan pentadbiran dan prosiding kehakiman Mahkamah Syariah di Malaysia
Affiliation:
- Jabatan Syariah & Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia., Malaysia
- Jabatan Syariah & Undang-undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 7 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|