View Article |
Hermeneutik: Tafsiran Alaf Baharu Feminisme Muslim Dalam Menangani Permasalahan Gender
Nik Zeenat Shabana Azhar1, Indriaty Ismail2.
Hermeneutik merupakan kaedah pentafsiran yang digunakan oleh kebanyakan pemikir liberalisme. Kaedah pentafsiran ini diangkat sebagai salah satu pendekatan yang baharu dalam menangani permasalahan dalam agama. Hal ini kerana pentafsiran yang dibuat adalah berdasarkan kepada kontekstual semasa berselisihan dengan apa yang dilakukan oleh pentafsir yang mu‘tabar sebelum ini. Kajian ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai pendekatan hermeneutik yang menjadi konsep utama pentafsiran feminisme Muslim dalam perkara yang melibatkan permasalahan gender. Kajian ini dilakukan berdasarkan metode kualitatif analisis dokumen yang merujuk kepada bahan-bahan kepustakaan. Hasil kajian mendapati bahawa golongan feminisme Muslim merupakan golongan yang dipengaruhi oleh pemikiran Barat yang beracuankan pemikiran humanisme. Dibimbangi dengan tersebar luas pengaruh pemikiran Barat ini akan memberi kesan kepada kesalahfahaman terhadap ajaran al-Qur’an dan menyempitkan penerimaan al-Qur’an sebagai kitab yang universal. Sebaliknya mereka memandang al-Qur’an sebagai wahyu yang jumud dan tertutup serta tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Hal ini akan membawa kepada kelahiran ramai generasi yang bebas mentafsirkan al-Qur’an tanpa merujuk kepada tafsiran yang diperjelaskan oleh para pentafsir terdahulu.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|