View Article |
Wacana Humanisme Pada Abad Pertengahan
Siti Jalilah Ahmad1, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria2.
Kemunculan pelbagai isme-isme yang mencorak pemikiran manusia pada hari ini dibentuk oleh tamadun Barat sejak abad pertengahan yang lalu. Konsep humanisme menjunjung tinggi nilai dan kedudukan manusia serta menjadikannya sebagai asas utama kepada semua perkara. Jika diteliti kepada perkembangan awal intelektual masyarakat di Eropah tidak dapat disangkal lagi aliran humanisme merupakan induk kepada kelahiran aliran-aliran pemikiran yang lain. Perkembangan falsafah awal Barat ini sentiasa dibincangkan dan dikaji oleh para sarjana dalam merungkai kepelbagaian idealisme yang mencorak tamadun manusia pada hari ini. Oleh yang demikian, kewajaran untuk mengkaji konsep humanisme dan isu-isu yang timbul harus diberi perhatian untuk memahami kompleksiti perkembangan falsafah dan pengaplikasiannya dalam kehidupan. Objektif kajian ini adalah untuk mengupas kemunculan fahaman humanisme serta perkembangan yang berlaku pada kurun ke-15 hingga ke-19. Kajian ini berdasarkan metode kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data dan analisis kandungan. Hasil daripada kajian ini mendapati konsep humanisme pada peringkat awalnya masih mempunyai keterikatan yang erat pada agama. Namun setelah berkembangnya kegiatan ilmu pengetahuan dan kemajuan bidang sains melahirkan masyarakat yang lantang menyuarakan idea sehingga cuba memisahkan agama daripada urusan kehidupan. Pada peringkat akhirnya berlaku perpisahan mutlak dengan menolak dogma agama dan kewujudan Tuhan. Kesan daripada proses yang berlaku turut memberi impak kepada umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ciptaan Barat dari sudut akidah dan keimanan mereka.
Affiliation:
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 6 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|