View Article |
Penguasaan Kosa Kata Menerusi Dimensi Saiz dan Pengukuran Kosa Kata Bahasa Arab di Malaysia
Wan Amar Ikram Wan Abdullah1, Kaseh Abu Bakar2.
Kosa kata memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa. Ianya menjadi asas kepada penguasaan sesuatu bahasa khususnya kepada pelajar bahasa kedua. Berdasarkan dapatan yang diperolehi daripada kajian-kajian lepas mendapati bahawa masalah utama pelajar dalam menguasai bahasa adalah berpunca daripada kekurangan kosa kata terutamanya dari aspek penguasaan saiz kosa kata. Oleh hal demikian, pengkaji terpanggil untuk membuat tinjauan literatur berkaitankajian penguasaan kosa kata menerusi dimensi saiz dan pengukuran kosa kata bahasa Arab telah dilaksanakan di Malaysia. Selain itu juga, kajian ini juga ingin mengetahui saiz kosa kata ideal yang perlu dikuasai oleh pelajar di setiap peringkat berdasarkan daripada saranan para sarjana. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima aspek yang telah diterokai oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini khususnya dalam bahasa Arab iaitu kajian berkaitan saiz kosa kata dengan kemahiran bahasa, saiz kosa kata dengan strategi pembelajaran bahasa, saiz kosa kata dengan penguasaan pengetahuan kosa kata, saiz kosa kata dengan tempoh pembelajaran bahasa, saiz kosa kata dengan pengetahuan kolokasi bahasa Arab serta saiz kosa kata di peringkat universiti. Dari aspek jumlah saiz kosa kata minimum yang perlu dikuasai oleh pelajar pula adalah 2000 patah perkataan. Namun begitu, Nation & Waring (1997); Webb et al. (2017) mencadangkan agar 2000 hingga 5000 patah perkataan perlu dikuasai oleh setiap pelajar bagi menjamin kefasihan mereka dalam berbahasa
Affiliation:
- Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 6 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|