View Article |
Amalan Konsep Wakalah Pengurusan Zakat di Politeknik Ungku Omar
Ammar Badruddin Romli1, Mohd Noor Daud2, Roslan Che Ab Rahman3.
Konsep wakalahmeningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat dan memberi peluang kepada pengurusan kendiri zakat di peringkat institusi. Walau bagaimana pun, masih belum terdapat model pengurusan zakat yang dapat dijadikan panduan bagi pengurusan zakat mengikut konsep wakalah di peringkat politeknik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka pengamalan konsep wakalah dalam pengurusan zakat di Politeknik Ungku Omar (PUO) selama satu dekad. Dengan menggunakan pendekatan kajian kes, dapatan kajian dikumpulkan melalui temuduga empat orang pegawai zakat PUO yang telah berkhidmat lebih daripada 8 tahun dan analisis dokumen-dokumen berkaitan dengan pengurusan zakat di PUO. Dapatan dianalisis secara induktif. Kajian ini mendapati bahawa operasi kutipan dan agihan zakat di PUO dikendalikan oleh Unit Zakat dan Wakaf (UZWA) melalui pelbagai kempen seperti kempen potongan gaji dan perhimpunan bulanan. Kaedah pembayaran menggunakan cek, pindahan wang, dan kad kredit turut diperkenalkan, selain daripada potongan gajiatau tunai di kaunter amil. Operasi agihan zakat hanya melibatkan agihan kepada asnaf miskin, gharimindan fisabilillahsahaja. eZakatPUO diperkenalkan pada 2018, bagi menggantikan permohonan secara manual. Kajian ini dapat dijadikan panduan bagi pelaksanaan wakalah dalam pengurusan zakat di institusi pendidikan yang lain, khususnya di politeknik. Pihak pengurusan boleh merujuk kepada sistem agihan, pelaksanaan eZakatPUO, dan carta alir yang dibincangkan dalam artikel ini
Affiliation:
- Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, MALAYSIA., Malaysia
- Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, MALAYSIA., Malaysia
- Jabatan Perdagangan, Politeknik Ungku Omar, 31350 Ipoh, Perak. MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 7 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|