View Article |
Iklim Persekitaran Masyarakat Islam
Halimahtul Sa’diyah Mohamad1, Jaffary Awang2, Kamaruddin Salleh3, Zaizul Ab Rahman4.
Kajian ini mengkaji tentangsuasana persekitaran masyarakat Islam yang berdepan dengan perkembangan agama lain dalam persekitaran mereka. Fenomena keberagamaan masyarakat yang berada dalam struktur pentadbiran majoriti masyarakat Islam, membuatkan Malaysia berdepan dengan suasana tegang ekoran peningkatan kepelbagaian agama. Kebangkitan Islam global dan keretakan dalam kalangan orang Melayu secara tidak langsung telah mengubah iklim keberagamaan masyarakat Islam. Demikian itu, objektif kajian adalah untuk melihat iklim majoriti Muslim dan bukan Islam dalam membina masyarakat majmuk yang harmoni dalam kalangan masyarakat. Dengan menganalisa beberapa kajian lepas melalui jurnal, tesis dan buku-buku, kajian mendapati terdapat beberapa isu yang menjadi ketegangan antara dua pihak yang melibatkan segelintir individu yang sedikit menggugat sensitiviti penganut agama di Malaysia. Kajian juga mendapati Islam mula berkembang di Malaysia sejak berlakunya evolusi dalam pendidikan dan bangkitnya semangat menegakkan dan mengamalkan agama dalam kalangan penganut agama. Hal ini juga berlaku dalam kalangan penganut bukan Islam. Justeru itu, bagi meningkatkan iklim persekitaran masyarakat Islam yang harmoni, penganut agama hendaklah sentiasa bersatu padu, saling menghormati di antara satu sama lain walaupun masyarakat berlainan agama dan bangsa
Affiliation:
- Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|