View Article |
Tuntutan Caruman KWSP Suami Melalui Hak Syarak Isteri Menurut Perspektif Maqasid Syariah
Muhammad Adilah Supardan1, Md Yazid Ahmad2.
Pihak-pihak dalam perkahwinan khususnya isteri mempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian ke atas semua harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan itu boleh dibuat semasa dalam perkahwinan (poligami), perceraian, selepas berlaku kematian ataupun murtad. Antara harta yang sering dituntut oleh pasangan sebagai harta sepencarian ialah wang caruman KWSP walaupun tuntutan tersebut seringkali ditolak oleh Mahkamah Syariah kerana terdapatnya kekangan undang-undang khususnya Akta KWSP 1991 (Akta 452). Justeru, timbul persoalan tentang kedudukan wang caruman KWSP suami sama ada boleh dituntut oleh isteri atau tidak? Justeru itu, objektif artikel ini adalah untuk membincangkan kedudukan tuntutan ini dari sudut ‘hak syarak isteri’ menurut perspektif maqasid syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dalam pengumpulan data dan penganalisisan dipersembahkan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tuntutan ke atas KWSP suami adalah lebih sesuai dalam konteks‘tuntutan hak syarak isteri’ berbanding ‘tuntutan hak harta sepencarian’ di Mahkamah Syariah dan bertepatan dengan maqasid syariah
Affiliation:
- Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,MALAYSIA, Malaysia
- Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor,MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 29 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|