View Article |
Keperluan Mengenalpasti Manuskrip Ulama Terengganu Berasaskan Aplikasi E-Risalah Syeikh Bukit Bayas
Hasanulddin Mohd1, Hannan Fatini Md Reshad2, Zurita Mohd Yusoff3, Engku Ibrahim Engku Wok Zin4, Roslan Umar5, Baharrudin Zainal6.
Kajian ini dijalankan untuk menilai penggunaan dan impak Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) tentang karya seorang tokoh ulama Terengganu yang berpengaruh pada abad ke-19, iaitu Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dalam Minggu Penyelidikan dan Inovasi (MPI) anjuran Universiti Sultan Zainal (UniSZA) pada tahun 2021. Program ini melibatkan ramai penyelidik bagi mengeksploitasikan daya pemikiran yang kreatif dan kritis dalam memacu inovasi teknologi yang terkini. Oleh yang demikian, aplikasi mudah alih ini menggunakan alat pengarangan Framework react native language javascript bagi penggunaan pelantar Android dan IOS yang mempunyai lima fasa utama dan penting iaitu, fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Seterusnya, bagi menilai kebolehan dan kepercayaan, kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik telah digunakan. Seramai 123 orang telah mengambil bahagian sebagai sampel kajian. Metodologi bagi kajian ini menggunakan kajian deskriptif untuk menilai persepsi pengguna terhadap kebolehan dan penerimaan masyarakat terhadap aplikasi mudah alih “E-Risalah Syeikh Bukit Bayas” yang dibangunkan ini. Hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa kebanyakan masyarakat sangat berpuas hati dan menyokong usaha murni terhadap pembangunan aplikasi yang diusahakan ini. Kesimpulannya, pembangunan aplikasi mudah alih “E-Risalah Syeikh Bukit Bayas” ini perlu dilakukan, malah sangat berpotensi dalam memperkenalkan ulama alam Melayu, terutamanya di Negeri Terengganu dalam bentuk digital atau teknologi terkini seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 34 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|