View Article |
Penjejakan Naskhah Zahrah al-Murid fi Bayan Kalimah al-Tawhid Karya Syeikh ‘Abd al-Samad al-Falimbani
Mohd Zulkifli Talib1, Engku Ibrahim Engku Wok Zin2.
Zahrah al-Murīd merupakan karya akidah penting di Alam Melayu yang ditulis oleh seorang tokoh terkenal iaitu ‘Abd al-Ṣamad al-Falimbānī. Zahrah al-Murīd termasuk antara karya-karya akidah terawal di Alam Melayu iaitu pada tahun 1765 M. Perbahasannya berkaitan kalimah tauhid iaitu kalimah Lā Ilāh Illā Allāh Muḥammad Rasūl Allāh. Walaupun begitu, Zahrah al-Murīd kurang dikenali dalam masyarakat kerana perbahasannya banyak membabitkan ilmu alat seperti ilmu nahu, balaghah dan mantik. Ini menyebabkan Zahrah al-Murīd jarang dijadikan teks pengajian di pusat-pusat pengajian. Kajian ini cuba menjejaki naskhah-naskhah Zahrah al-Murīd sama ada naskhah salinan atau cetakan. Dalam pengumpulan data, pengkaji telah melakukan penjejakan secara fizikal dan maya ke atas institusi dan individu yang berkemungkinan menyimpan naskhah Zahrah al-Murīd. Hasil penjejakan menemui sebanyak 16 naskhah Zahrah al-Murīd iaitu 15 naskhah bertulisan tangan dan satu naskhah cetakan tersimpan di sembilan institusi dan seorang individu. Sepuluh naskhah merupakan naskhah lengkap manakala enam naskhah lagi tidak lengkap. Hanya empat naskhah ada mencatatkan nama penyalin dan satu naskhah nama pentashih. Ini menunjukkan Zahrah al-Murīd pernah tersebar pada suatu ketika dahulu. Hasil penjejakan disimpulkan seperti dalam Jadual 1. Hasil kajian ini diharapkan dapat memasyhurkan kembali Zahrah al-Murīd dalam masyarakat serta digunakan semula sebagai teks pengajian di pusat-pusat pengajian di Alam Melayu. Seterusnya, membantu para pengkaji dalam mendalami kajian berkenaan ‘Abd al-Ṣamad al-Falimbānī dan Zahrah al-Murīd.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|