View Article |
Faktor-faktor Penentu Pembelian Makanan Halal atas Talian dalam Kalangan Generasi Milenial Muslim
Nadiah Rus Liyana Rusli1, Kasimah Kamaruddin2, Shahirah Said3.
Trend pembelian makanan secara atas talian didapati mengalami kenaikan penggunaan yang ketara sejak Mac 2020 iaitu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan di Malaysia. Kenaikan mendadak ini berpunca daripada tingkah laku pengguna khususnya generasi Milenial yang memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang semasa PKP bagi mengekang penularan COVID-19. Tambahan itu, pengguna Milenial masa kini juga lebih memilih untuk menjadikan ulasan dan pandangan pemengaruh makanan sebagai penanda aras sebelum membuat sebarang pembelian termasuklah dalam pembelian makanan atas talian. Oleh itu, peranan pemengaruh makanan adalah penting dalam mengiklankan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna. Sumber maklumat yang boleh dipercayai melalui mesej persuasif berupaya mempengaruhi niat pembelian pengguna terhadap barangan dan juga perkhidmatan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji niat pengguna terhadap pembelian makanan secara atas talian dalam kalangan pengguna Milenial Muslim melalui beberapa faktor iaitu kualiti makanan, persepsi kemudahan, pemengaruh makanan dan kegunaan teknologi. Kajian ini menggunakan pendekatan pensampelan bukan kebarangkalian sebanyak 179 responden. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kegunaan teknologi dan pemengaruh makanan berupaya untuk mempengaruhi niat pengguna Muslim Milenial dalam pembelian makanan halal atas talian.
Affiliation:
- Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 29 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|