View Article |
Dakwah digital dalam Perkembangan Islam di Malaysia
Berhanundin Abdullah1, Abdul Qahhar Ibrahim2, Ahmad Faizol Ismail3, Muhamad Nurul Hafiz Abdul Latif4.
Dakwah merupakan satu tanggungjawab setiap muslim. Pelaksanaan dakwah bergantung kepada kemahiran yang dimiliki oleh pendakwah atau ulama berdasarkan pengalaman dan kebijaksanaan penyampaian. Tujuan artikel ini adalah meneliti perkembangan sejarah dakwah secara digital, membincangkan perkembangan dan membicarakan tahap penerimaan masyarakat muslim dan non muslim. Penulisan ini menggunakan bentuk deskriptif dengan menganalisis dokumen dakwah semasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dakwah digital diketengahkan dalam era teknologi menerusi penggunaan media secara meluas. Hakikatnya proses dakwah yang bermula dengan lisan, perbuatan dan persetujuan, telah bertukar sebahagiannya kepada bentuk tulisan, video, siaran serta rakaman bunyi dan gambar. Setelah dunia teknologi berkembang pesat menerusi media sosial dan elektronik, menyebabkan bahan dakwah telah memenuhi pasaran bersumberkan teknologi digital. Ia membentuk satu pendekatan pendidikan awam yang menarik dan berkesan. Elemen pendidikan sangat sesuai dijalankan sebagai strategi dakwah memperkenalkan ajaran Islam dan menangani pelbagai isu semasa masyarakat. Peredaran masa telah menjadikan dakwah digital menarik minat seluruh umat Islam dan masyarakat non-muslim terutama mualaf. Ia menjadi bahan media sosial yang dapat memperkembangkan sumber ilmu, maklumat, rujukan, panduan dan data untuk dicapai serta dianalisis atau diamalkan.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 35 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|