View Article |
Pembinaan Modul Pintar Murajaah al-Quran di Institusi Pengajian Tahfiz Malaysia
Nor Hafizi Yusof1, Mohd Faiz Hakimi Mat Idris2, Felza Zulhibri Abdul Hamid3, Muhammad Zawawi Ali4.
Kecenderungan masyarakat dan ibu bapa terhadap sistem pendidikan tahfiz dapat dilihat apabila institusi tahfiz sentiasa menjadi pilihan ibu bapa sebagai institusi pendidikan menengah atau tinggi bagi anak-anak mereka. Sistem pengajian tahfiz memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan disiplin yang baik kerana mereka memerlukan tumpuan dan menggunakan masa yang lebih bagi mengimbangi antara menghafaz al-Quran, menjaga hafazan serta mengikuti pengajian akademik dan ko-kurikulum yang lain. Sesuai dengan perkembangan kaedah pembelajaran terkini, sistem murajaah juga perlu dimodenkan sesuai dengan keperluan dan bebanan pelajar. Ia juga memerlukan satu modul penjagaan hafazan yang efektif dan menjimatkan masa bagi memastikan cita-cita melahirkan para profesional huffaz tercapai. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji teknik murajaah sedia ada yang diamalkan di pusat-pusat tahfiz sekarang, mengenal pasti elemen asas bagi murajaah yang memenuhi keperluan penghafaz al-Quran dan membina satu Modul Pintar Murajaah yang mempunyai ciri-ciri mesra huffaz. Kajian ini dibangunkan melalui proses-proses dalam beberapa fasa iaitu fasa pertama analisis keperluan, fasa kedua analisis kaedah-kaedah efektif dalam murajaah al-Quran, fasa ketiga mereka bentuk modul murajaah yang mesra huffaz dan fasa keempat membangunkan modul Pintar Murajaah yang mesra huffaz yang merangkumi dua bahagian iaitu penyediaan modul dan percubaan modul. Pelaksanaan percubaan Modul Pintar Murajaah menunjukkan hampir kesemua pelajar yang terlibat menunjukkan hasil yang positif. Hasil tersebut bukan hanya pada keputusan setelah ujian berlangsung, malah cara pelajar itu sendiri iaitu bacaan lebih lancar, tajwid lebih teratur dan kesalahan bacaan semakin berkurang. Hasil kajian ini akan digunakan oleh institusi tahfiz khususnya tahfiz integrasi akademik yang sememangnya masih tidak mempunyai modul khusus dalam bidang ini. Ia juga dijangka mampu meningkatkan kualiti hafazan pelajar tahfiz bukan hanya sekadar khatam hafazan sahaja tanpa mampu menguasai hafazan tersebut..
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA, Malaysia
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan, Malaysia
- Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 45 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|