View Article |
Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan Metode Penghujahannya dengan al-Sunnah dalam Kitab Risalah fi Bayan Hukm al-Bay’ wa al-Riba
Hasanulddin Mohd1, Zurita Mohd Yusoff2, Engku Ibrahim Engku Wok Zin3, Mohd A' Tarahim Mohd Razali4, Abdul Qahhar Ibrahim5.
Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas ialah seorang ulama Fatani yang telah berhijrah dan menetap di Terengganu serta turut menyumbang dalam memperkayakan khazanah penulisan pengajian Islam. Karyanya yang berjudul Risalah Fi Bayan Hukm Al-Bay’ Wa Al-Riba merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian dalam membicarakan fiqh muamalat, khasnya dalam bab jual beli, riba, dan mudharabah. Kajian akan cuba mengetengahkan biodata ringkas pengarang, sejarah penulisan kitab, isi kandungan dan analisis terhadap penghujahan pengarang dengan al-Sunnah di dalam kitab beliau. Data dikumpul daripada tinjauan perpustakaan, metode dokumentasi, serta dianalisis menggunakan metode analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas telah menggunakan sumber hadith dengan jayanya dalam penulisan beliau, di samping mempunyai metodologi yang tersendiri dalam menulis pendalilan hadith terhadap hukum-hukum fiqh. Sebagai penutup, kajian terhadap kitab beliau ini seharusnya dirancakkan agar masyarakat kini dapat mengambil manfaat daripadanya.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 39 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|