View Article |
Kedudukan Baitulmal Sebagai Waris Asabah Menurut Syariat Islam dan Amalan di Negeri Terengganu
Mohd Ali Mohd Yusuf1, Hishamuddin Salim2, Fauzi Yusoh3.
Baitulmal memainkan peranan yang sangat besar dalam memelihara dan menguruskan harta awam milik umat Islam. Dananya datang daripada pelbagai sumber, antaranya melalui perwarisan harta pusaka secara asabah bagi kes kematian yang tidak mempunyai waris asabah. Sebagai timbal balas ia memainkan peranan seumpama waris asabah dalam menanggung ‘diyyah’ pembunuhan orang Islam dan melunas hutang mutlak si mati yang tidak mampu menjelaskan kembali hutang tersebut dengan harta peninggalannya. Peranan ini semakin terpinggir setelah berakhirnya era khulafa’ ar-Rasyidin. Justeru itu, ulama terkemudian mazhab Syafi’i seperti al-Imam al-Nawawi telah mengambil pendirian untuk menggugurkan kedudukan baitulmal sebagai pewaris asabah. Secara umumnya, negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Terengganu masih berpegang dengan pendapat asal mazhab Syafi’i yang memberikan bahagian lebihan selepas diambil waris kadar kepada baitulmal. Kajian ini bertujuan untuk melihat konsep baitulmal di Terengganu sebagai penerima harta pusaka orang Islam yang tidak meninggalkan waris asabah dan amalan pengurusan harta amanah ini bagi kepentingan umat Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang dilaksanakan melalui proses semakan dokumen, dan temubual dengan kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Data-data yang diperolehi dianalisis secara kritis menggunakan kaedah induktif, deduktif, komparatif dan konseptual. Hasil kajian merumuskan hak baitulmal sebagai waris asabah tidak dinafikan statusnya oleh syarak. Walau bagaimanapun dari sudut peruntukan undang-undang, peranan dan pelaksanaan hak perwarisan ini ke atas umat Islam masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki, apatah lagi sumber yang diperolehi melalui kedudukannya sebagai waris asabah adalah lumayan dan mampu menjana ekonomi umat Islam.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 28 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|